Jumaat, 6 Januari 2017

BIODATA YON ( LAGU BARU BERTAJUK - DIRIMU SEMPURNA )

PROFAIL ARTIS – YON
Tajuk Single-Dirimu Sempurna
( penerbit Billion Charisma (m) Sdn Bhd / BC Music  - 012-7093607 )

1. Nama                : Mohamad Amirul Bin Mohd Razali
2. Nama ibu           : Zalizan Binti Saleh
3. Nama bapa        : Mohd Razali Bin Ishak  
4. Anak                 : Bongsu dari 11 beradik
5. Umur                 : 23 Tahun – tarikh lahir  8/5/1993
6. Asal                  : Rompin Pahang
7. Kelulusan          : Ijazah Sarjana Muda - Sains Sukan (UiTM Jengka Pahang)
8. Hobi                  : Bola Sepak, Nyanyi, Bermain alat muzik dan mencipta lagu
9. Cita-cita            : Usahawan yang Berjaya
10. Perkejaan        : Jurulatih Kecergasan
11. Minat dengan muzik dan belajar bermain muzik sejak umur 15 thn.
12. Semasa umur 20 tahun saya mula aktif dalam  laman social seperti Instagram dan mula pada saat itu saya selalu cover lagu dan post di Instagram dan Youtube. Ketika itu pengikut Instagram saya mula meningkat dan  mereka sentiasa komen untuk membuat permintaan lagu untuk saya cover di Instagram.
13. Mula mencipta lagu pada tahun ini dimana usia saya sekarang 23 tahun (2015) iaitu cipta lagu DIRIMU SEMPURNA saya mula kongsi di laman social seperti Instagram, Youtube dan Facebook. Sejak daripada itu banyak kesan positif tentang lagu itu dan lagu itu mendapat sambutan yang ramai.
14. Terbukti lagu itu mendapat sambutan apabila saya melihat  ramai yang cover lagu itu di Instagram dan buat masa ini dua orang sudah cover di Youtube. BCMUSIC telah membantu merealisasikan impian saya dengan mengolah susunan muzik dan mastering, selain menguruskan karir seni saya, memberi latihan dari segi penampilan , pengurusan kelab peminat, penggunaan social media dan cara bercakap apabila on air / sesi wawancara dengan wartawan.
15. Harapan: Semoga ramai orang dapat mendengar lagu hasil ciptaan saya pada masa akan datang dan saya akan usaha untuk mencipta lagu-lagu yang terbaik selepas ini. Saya tidak mengejar populariti, saya Cuma inginkan  hasil karya saya disukai oleh ramai orang dan sentiasa mendapat kesan positif. Itu sudah cukup bagi saya dan  itu adalah satu kepuasan bagi saya.

Terima kasih pada semua yang sentiasa menyokong saya.

Instagram: @yon0_0  ,  
Facebook: Yon Champion ,                  
Youtube  : AmirulYon
Twitter: amirul0_0


Tiada ulasan:

Catat Ulasan