Harick Azha atau nama penuhnya Mohammad Harith
Bin Shaiful Azha ( 21 tahun ) merupakan bakat baru yang dicungkil melalui 1
video youtube yang kini mencecah 250,000 tontotan (sehingga 18/6/15). Anak
kelahiran Ipoh Perak dan merupakan anak ke 2 dari 4 beradik ini telah banyak
membuat show kecil sebelum di lamar oleh BCMUSIC. Bekas pelajar SMK Jati Ipoh
ini juga begitu komited dalam muzik sehingga beliau juga diberi kepercayaan
untuk menjadi anggota kumpulan STELA BAND , boy band HASK dan projek duo.
Lagu
Terbentang Jarak , lirik dan
composer oleh BCMUSIC sepenuhnya merupakan lagu tentang percintaan yang
terpisah oleh jarak perjalanan juga waktu, namun ia diikat kesetiaan dan
kerinduan mendalam. Lagu ini sesuai untuk semua kerana ia bukan saja dituju
kepada pasangan kekasih sahaja, tetapi keluarga dan teman. Lirik nya puitis dan
sangat mudah untuk dihafal dan menjadi ikutan.
Pencapaian
Harick Azha semenjak bersama BCMUSIC ialah mengadakan persembahan di Bandung Indonesia (Mac 2015) , artis
undangan di EhEhBazaar Ipoh (Mei 2015) dan artis pembukaan showcase Cakra Khan
di Menara KL ( 23/5/15) .
Selain
itu lagu Terbentang Jarak ini telah diupload di iTUNES, Spotify, Deezer ,
Guvera dan pelbagai lagi aplikasi muzik. Boleh dibanggakan apabila beliau
memperolehi 405 follower di Spotify dan beribu2 streaming dalam masa beberapa
hari sahaja.
Biodata
Nama penuh : Mohammad Harith Bin
Shaiful Azha
Tarikh Lahir : 13/07/1994
Nama bapa : Shaiful Azha , Nama ibu :
Hosnah Hawa
Keluarga : Anak ke 2 daripada 3
beradik
Asal : Perak , Status : Bujang
Profession : Penyanyi ,Model
Hobi / minat : Bermain bola
sepak/futsal, menyanyi , mencuba fashion@fashion ikon
Media social
Instagram
: Harick.Azha
Twitter
: @Harickzaha_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan